Sebelum anda terus membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya. Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Dan apa yg kami paparkan bukanlah tertakluk kpd beberapa contoh yg kami berikan saja. Contoh yg selebihnya, anda carilah sendiri. Kami menunjukkan jalan, anda yg perlu melaluinya atas usaha anda sendiri. Selamat Membaca!
Manchester
United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak
tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain
yang handal serta sumber kewangan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali
berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan
Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab
dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia
hatta di Malaysia juga.Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka
di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari
penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur
kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab
berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan
Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester
United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang
berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai
sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela
pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan
diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan
seorang Mason (ahli Freemason).
Malcolm Glazer
Kedua-dua
kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang
menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda.
Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di
dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah
melambangkan ‘warna rasmi’
bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir
dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan
agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada
waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja.
Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan
menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi
tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.
Kedua-dua
kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata
dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal.
Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika
Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:
perhatikan
garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United
under the one eye?/bersatu dibawah mata satu? the one eye of Ra, the Sun
God (the all-seeing eye)
Pada
logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang
‘garfu’ yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan.
Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk
menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United
selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan.
Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukan oleh dua biji bola
yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakan oleh
pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan
Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.Pada logo Manchester United
terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas
atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan
angka yang melambangkan ‘angka sial’ bagi masyarakat Eropah dan juga
melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan.
Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda
akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang
merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing
yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang
melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED
seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.
Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U
itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita
akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:M=13 A=1 N=14 U=211+3+1+1+4+2+1=13Jika
kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf
N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.E dan RE=5, R=1818-5=13N,C,H,E,S,TN=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=201+4+3+8+5+1+9+2+0=33 No
33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia
merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat
33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.
AC
Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan
minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan
jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan
salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut
tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada
bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib
Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah
setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar
dan salib Kristian:
Salib Templar
Salib Kristian
Salib Templar di Logo AC Milan
Knights
of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang
menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis.
Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran
Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga
adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.
Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666
adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan.
Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan
dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.
Secara
umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan
sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong
kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan
vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di
Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja
lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai
makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.
Lagi
sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan
sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup
menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan
mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan
pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan
terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih
mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia
menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita
ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.Adakah ini yang mahu
anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak
duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka
ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka
sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta,
Allah s.w.t. Dan sedarkah anda sepanjang anda menyokong, memuja mereka
anda telah memuja syaitan dan telah menduakan Allah?
Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:
Bukankah
muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka Baphomet dan pentagram
tersebut? Lihat bagaimana ‘dia’ tersenyum kepada kita yg menyokong dia.
Bagaimana
pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan?
Adakah ini singa jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana
singa jantan mempunyai ‘mahkota’ iaitu rambutnya dan singa di logo
Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :
Ini
adalah Firaun ‘singa betina’ Tefnut. Inilah apa yg diletakkan didada
kita sebenarnya. Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.
Checkered floor
Masonic/Kabalistic Moon and Star
Fleur-de-lis, symbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya Perancis dan juga symbol kpd Priory of Sion
priory of sion
Mahkota
diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg
menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)
Selama
kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun,
iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja
mereka
Iblis
berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang
dibersihkan dari sebarang syirik". Al-Hijr 39-40
"Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
Fikirkan Semula k...
Copyright Mohammad Hafiz Tarmizi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar